Lelaki: "sudikah awak menjadi teman wanita saya?"
Wanita: "Saya tak mahu bercinta lagi"
Lelaki: "Kenapa?"
Wanita:" Saya dah pernah bercinta, dah merasai pahit dan manisnya bercinta. Sekarang ni, saya rasa cinta tak sesuai untuk wanita macam saya. Biarlah anak remaja atauwanita muda yang belum pernah bercinta untuk jatuh cinta. Bagi saya, cukupla.
Lelaki: "Kalau macam tu, macam mana kita nak saling mengenali?"
Wanita: "Bercinta bertahun lamanya tak menjamin untuk kita saling mengenali. kita boleh pakai topeng. Topeng romantik, topeng budiman, topeng ambil berat dan macam2 topeng lagi."
Lelaki: "Kalau macam tu, awak nak macam mana?
Wanita: " Saya nak perkenalan kita dibina kerana Allah. Awak ingin menjadikan saya suri hidup awak. Tujuan kita berkawan adalah kerana kita ingin menyempyrnakan separuh dari agama yakni melalui perkahwinan."
Lelaki:(Diam dan berfikir)
Wanita: "Saya tidak memaksa awak. Kalau awak mencari isteri, saya akan mempertimbangkan. Tapi kalau awak mencari cinta, sms setiap saat, jumpa dan dating hujung minggu, tonton wayang, keluar mkn2 dan rutin lain yang orang bercinta selalu buat, saya minta maaf."
Lelaki: "Tak best la macam ni"
Wanita:"Saya tidak mencari 'best' tapi saya mencari nakhoda hidup saya.
Thursday, 12 December 2013
Monday, 12 August 2013
kisah hati
Apabila hati dilanda kesedihan..
Air mata gugur menghapus duka
Apabila hati dilanda kerisauan..
Pasrah menenangkan
Apabila hati kecewa..
Bercerita meluahkan membalut luka
Apabila hati kesunyian..
Tawa rakan meneman sepi
Apabila hati kosong
Iakan kekal kosong
Kalau kita mencari kekosongan dalam diri, kita akan jumpa kekosongan itu, jiwa akan mati..hati akan terasa sunyi dan kecewa dengan hidup kita yang kosong..kita akan terus risau, bimbang kesedihan ini tiada berkesudahan
Sedangkan nikmat Allah itu sangat luas hingga kita terlepas pandang dan tidak mensyukurinya hanya kerana ada keinginan kita yang belum dipenuhiNya sedangkan kiya lupa anugerah dan keinginan kita bukanlah bukanlah keagungan bahkan ujian dariNya
Ya Allah, bantulah aku untuk redha di atas setiap ketentuanMu..Ameen

Friday, 21 June 2013
Zuhud Taikun
Masa baru balik dari umrah, aku singgah coach outlet, sempat sambar handbag 1, madison warna coklat cair..lama dah aku nak, alang2 murah dr harga outlet kat kl, so apa lg, belila..rm1900, duit tu sepatutnya utk belanja kat mekah, tp kat sana aku tak belanja sangat..Aku ni mmg suka barangan branded ni, wp mahal puas hati
Hari pertama aku pakai beg tu p kerja, kwn tanya beli kat mana, aku pun gtau ler aku beli kat klia, masa balik dr umrah..dengan nada lawak, dia kata "liza ni tak zuhud lgsg la"
Aku tak la terasa, sbb kitaorg selalu buat lawak pasal zuhud ni sbb ada sorang member mengaku yg diri dia zuhud hihihihi.
Hari Jumaat smlm aku dengar Al Hidayah kat tv3, membincangkan soal zuhud. Sorang ustaz ni kata "pengertian yang sering disalahertikan ialah orang yang zuhud ialah orang yang menolak kemewahan dunia, berpakaian compang camping, berkereta buruk walaupun gaji 17 ribu. Itu bukan zuhud tapi kedekut. Zuhud ialah meletakkan kekayaan dan kemewahan dunia di tangan bukan di hati. Ertinya menerima kekayaan dan kemewahan sebagai rezeki dari Allah dan bersedia meinfaknya untuk tujuan yang baik dan redhankalau kemewahan itu ditarik balik." Ini bukan kata2 aku yea, cuma aku petik kata ustaz dlm al hidayah tu :)
Satu istilah yg aku tertarik untuk kongsi ialah taikun. Taikun merujuk kepada golongan yang kaya raya dan berkuasa dan Islam menggalakkan umatnya menjadi zuhud taikun, kaya raya tetapi masih zuhud bukannya menjadi umat islam yang menolak dunia. Dalam islam sendiri ada konsep wasatiyah, yakni mengimbangi dunia dan akhirat.
Wallahualam.

Saturday, 15 June 2013
Al Quran telah menjawab
Bila kita menghadapi ujian kita selalu mengeluh dan bertanya, dan Al Quran sudah pun menjawabnya
KENAPA AKU DIUJI? tanya kita
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan kamintelah beriman sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang orang yang dusta"
Surah Al-Ankabut ayatv2-3
KENAPA UJIAN SEBERAT IN? tanya kita
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
Surah Al-Baqarah ayat 286
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN? tanya kita
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
Surah Al Baqarah ayat 216
KENAPA AKU RASA KECEWA? tanya kita
"Janganlah kamu bersifat lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang orang yang beriman"
Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA? tanya kita
"Dan mintalah pertolongan( kepada Allah ) dengan jalan sabar dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali kepada orang orang yang khusyuk"
Surah Al Baqarah ayat 45
Sekadar memetik kata2 seorang teman
" jangan kita berdoa agar dipermudahkan hidup, berdoalah agar ditabahkan hati"
Wednesday, 12 June 2013
Salah sistem atau manusia
Persoalan salah sistem atau manusia umpama menjawab persoalan yang mana dulu, ayam atau telur?
"nak buat macam mana, dah sistem kita macam gini..nak tak nak kita kena adapt ler"
Bila berlaku sesuatu kepincangan, kita cepat mempersalahkan sistem. Mungkin mudah menyalah benda yang tak boleh membela diri, sistem yang tidak bersuara. Kalau kita salahkan manusia, berpuluh puluh malah beratus ratus hujah pembelaannya. tetapi kadang kadang kita lupa, manusia yang membangun dan mentadbir sistem menggunakan acuan kita sendiri. Sistem hanyalah perantara antara manusia di atas yang mentadbir dengan manusia di bawah yang menjadi pelaksana.
Memang mudah mentadbir dan melaksana menggunakan sistem. tetapi hidup kita bukanlah seperti washing machine automatic, yang perlu ditekan tekan sahaja punatnya untuk ianya beroperasi. Kita manusia, bukan sistem tetapi kita hanya penggerak sistem. sebab tu la orang orang bijaksana dalam mengendali sistem mengatakan yang kita perlu ada human touch supaya sistem manusia kita tidak pincang.
wallahualam

Thursday, 9 May 2013
Dunia ini hanya pinjaman
Aku ni bukan alim orangnya..bukan ustazah..bukan warak..aku hanyalah muslim yg sedang cuba mengenal diri
"Apa dugaan paling besar dlm hidup liza"? Tanya kwn aku
"Xde apa..hidup aku sempurna, dugaan plg besar yg Allah turunkan pd aku cuma aku lewat jodoh, masih single dlm usia yg mcm ni" jawab aku
Bunyi jawab cam tabah jer..sbb skrg mmg aku dah tabah..masa dan usia adalah tok guru yg paling bagus..dulu aku dah puas menangis bila putus cinta, bila ditinggalkan selepas bercinta dan berkasih syg bertahun lamanya...cinta pd anak manusia @ lelaki...impian nak berkawen, nak bersuami, nak jadi ibu dan punya keluarga sendiri berkecai...kecewa, frust, marah, sedih ditambah dgn cakap2 org sekeliling pernah menjadikan aku hilang arah..aku buntu dalam mencari bahagia...aku putus asa dgn takdir, aku biar kesedihan itu mengawal aku sampai jiwa aku jadi kosong...tp xde sape pon yg tahu kesedihan aku..aku tak tahu pd siapa nak mengadu...
Sedih bila putus cinta ni..aku bukan setakat hilang cinta, hilang dia, tetapi aku hilang diri aku sendiri...lama aku bergelut mencari diri aku semula, membina jiwa aku yg hilang..byk kali aku berputus asa..di usia mcm ni, aku putus asa dlm mencari bahagia, mengharap cinta dan syg dari manusia, atau lebih tepat lg dr lelaki..
Aku sedar dugaan aku tak sehebat manusia lain...tp aku tak bahagia..satu kenyataan yg tak pernah aku luahkan pd dunia, keluarga dan teman2..mana mungkin aku bahagia bila hidup aku kosong dan sunyi..tapi aku kena tabah sbb aku tidak ada pilihan..
"U never know how strong u really are until being strong is the only choice u have"
"Ya Allah, jika satu saat nanti aku kehilangan harapan dan tujuanku, berilah keyakinan bahawa takdirMu adalah lebih baik dari apa yang ku impikan. Kau damaikanlah hatiku untuk menerima takdirMu kerana aku percaya takdir dan ketentuanMu adalah yang terbaik buatku. Hanya Engkau yang maha mengetahui lagi maha mengasihani. Ameen."
Sebagai seorang muslim, aku belajar sesuatu..sentiasa kembali kepada Allah..denga kembali kepadaNya, jiwa sedikit tenang.. dunia ini hanya pinjaman, hanya sementara..jadi tak perlulah kita rungsing sangat dengan urusan dunia..bila aku fikir2kan semula mungkin Allah tidak menghadiahkan aku cinta anak manusia kerana aku tak cukup mencintai Alla SWT. Hanya Dia yang maha mengetahui

Thursday, 7 February 2013
Aku Bukan Ahli Politik
muak dan mual dengan senario politik negara..semua orang nak berpolitik..dulu2 isu dan kepanasan demam politik cuma bila nak dekat2 dengan pilihanraya jer..sekarang, politik sepanjang tahun..setiap hari, setiap jam n setiap saat..semua benda n isu nak dikaitkan dengan politik..yang paling menyedihkan agama islam nyer isu pun nak dikaitkan dengan politik..
Sepatutnya agama Islam menyatukan kita, kita nie sedara seagama tetapi di Malaysia nie Ideologi politik menjadi pegangan, kita lebih pentingkan sedara seideologi..aku upset dengan orang2 agama di malaysia nie, dah xde yang neutral ke..bila ada isu agama Islam, politik masuk campur..orang2 agama yang bagi pendapat pulak adalah org2 agama yang berpolitik..so yang kerajaan hujahnya mcm nie, yang pembangkang hujahnye macam tu sampai berpecah belah ummah..aku yang tak berapa alim nie confuse dalil mana yang betul..
aku teringat ucapan seorang bekas ketua kami, Prof Dr Abdullah Said..apabila rakan2 beliau nak ajak sembang pasal politik dia menolak..alasannya, dia bukan ahli politik nak sembang pasal politik so tanggugjawab dia adalah mengundi ketika pilihanraya, bahkan apa yg kita nak undi tu pun sepatutnya rahsia..emmm, ada benarnya..
Kita bukan ahli politik, PM bukan, Menteri Kabinet bukan, YB pon bukan bahkan sepupu ahli politik pon bukan tapi sembang politiknye berdegar2 macam nak meraih undi..Orang itu tak betul, orang ini tak betul, ekonomi negara tak bagus sebab kerajaan tak bagus, orang ini makan rasuah, orang tu buat maksiat blablabla..cakap pasal ekonomi negara sedangkan ekonomi rumahtangga kita pon selalu lari budget..org tu tak alim la, tak ikut agama la sedangkan fardu ain kita pon melungkup, ibadat kita, anak isteri cukupla dulu untuk kita pantau...
kita sibuk nak mengubah dunia, mengubah negara, mengubah bangsa sedangkan negara takkan berubah hanya dengan cakap2 kosong...dan kadang2 sebab terlalu sibuk nak mengubah dunia dan negara kita lupa nak mengubah diri kita..sedangkan kita yang membentuk bangsa, negara dan dunia bukan sebaliknya..baiknya kita, maka baikla bangsa kita, buruknya kita maka buruklah bangsa..
Bayangkan, kalau setiap individu di malaysia ini fokus untuk mengubah diri sendiri menjadi lebih bagus dari segi peribadinya, agamanya, ekonominya..insyaallah malaysia nie akan jadi negara yang paling aman, paling maju dalam sejarah dunia
tetapi lumrah kita memang suka menilai orang lain..bak kata Prof Muhaya "Bila kita rasa diri kita lebih baik dari orang lain, bermulalah masalah"

Tuesday, 29 January 2013
Matematik semata mata pengiraan dan formula?
Matematik
ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti,
struktur,
ruang
dan perubahan.
Ahli matematik mencari pola, memformulasikan konjektur
yang baru, dan menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dan definisi
yang dipilih dengan baik.
Dengan
penggunaan pengabstrakan dan penaakulan logik, matematik berevolusi dari pembilangan,
pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakan objek fizikal. Matematik gunaan telah
wujud dalam aktiviti seharian manusia sejak kewujudan rekod bertulis. Hujah
yang rapi mula wujud
dalam Matematik Yunani, antara yang terkenal ialah karya Euclid, Elemen.
Matematik kemudiannya terus berkembang, contohnya di China pada kurun ke-3
sebelum masihi, di India pada kurun pertama masihi dan di dunia Islam
pada kurun ke-8 masihi, sehingga kemunculan Zaman Pembaharuan,
apabila penciptaan matematik berinteraksi dengan penemuan saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan
yang sangat besar dalam penemuan matematik yang kekal berterusan sehingga hari
ini
Matematik digunakan di seluruh dunia
sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semula jadi, kejuruteraan, perubatan dan
sains sosial. Matematik gunaan,
satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang
lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan
kadangkala menjadi pencetus kepada pembangunan disiplin matematik yang baru
sepenuhnya seperti statistik dan
teori permainan.
rujukan: http:ms.wikipedia.org
MUZIK DALAM GITAR.
Tahukah anda bahawa setiap alunan bunyi dan muzik
tidak kiralah apa jenis alat muzik itu mempunyai kekuatan dan susunan secara
matematiknya yang tersendiri? Jika seseorang pemuzik atau komposer mengabaikan
kekuatan dan kelangsingan serta keharmonian sesuatu muzik ia akan menyebabkan
bunyi yang dihasilkan akan menjadi bercelaru dan tidak stabil? Oleh sebab itu
seseorang pencipta dan penggubah lagu perlu mengetahui sedikit sebanyak asas
dalam matematik dan fizik supaya dapat menghasilkan lagu yang lebih harmoni dan
dinamik. Bagi pekerjaan seperti jurutera bunyi pula, matapelajaran matematik
dan fizik adalah sangat penting dalam memahami dan mengetahui sifat-sifat bunyi
yang berada di sekeliling mereka. Ini penting terutamanya jika ingin membina
bangunan yang melibatkan penggunaan bunyi seperti pawagam, pentas nyanyian dan
sebagainya.
Dalam memainkan alat muzik seperti gitar, kod adalah
amat penting dalam menghasilkan nada lagu yang berbeza. Apabila kita melaraskan
alat muzik seperti piano, biola atau gitar, sebuah alat pelaras elektronik akan
digunakan untuk menghasilkan laras bunyi yang asli dan mempunyai frekuensi yang
khusus. Ia adalah bertujuan untuk menghasilkan gelombang bunyi yang stabil dan
harmoni. Gelombang bunyi yang dihasilkan adalah variasi tekanan yang boleh
diwakilkan dengan persamaan fungsi matematik.
Matematik dalam bidang senibina. Aplikasi
matematik dalam bidang seni bina telah berlaku sejak zaman dahulu lagi.
Pelbagai konsep serta rumus matematik yang telah digunakan untuk membangunkan
sesebuah bangunan pada zaman dahulu. Konsep matematik seperti geometri dan
simetri sering digunakan. Contohnya ia telah lama menjadi elemen reka bentuk
dan gaya seni bina. Ia sangat mempengaruhi binaan Menara Pisa, Monticello,
Astrodome, Bangunan opera Sydney, tingkap gereja Gothic dan Pantheon. Simetri
digunakan pada banyak reka bentuk asas bangunan, terutamanya pintu, tingkap,
dan perhiasan bangunan. Contoh lain ialah struktur seni bina yang menggunakan konsep hiperboloid
geometri. Bangunan hiperboloid pertama didunia dibina oleh seorang yang
jurutera berbangsa Rusia iaitu, Vladimir Shukhov pada tahun 1853 hinggalah
tahun 1939. Bangunan ini terletak di Polibino, Lipetsk Oblast, Russia. Majoriti
pengiraan untuk membangunkan bangunan ini adalah belandaskan teori matematik
iaitu fungsi penghampiran (approximation of function) yang diperkenalkan oleh
seorang ahli matematik. Reka bentuk banggunan yang dinamakan “Engineering Plaza” dibina berasaskan Fibonacci Number (Nombor Fibonacci) dan
beberapa bentuk geometri. Nombor Fibonacci yang digunakan adalah ‘Fibonacci series spiral’ atau
dikenali juga sebagai ‘golden
mean’. Norman Foster, seorang arkitek telah mengetuai rakan
seperjuangannya dalam mereka bangunan yang menggunakan konsep geometri.
Bangunan-bangunan yang telah direka adalah seperti 30 St Mary Axe dan London
City Hall di London serta Great Court di Muzium British.
Laporan ekonomi seperti yang diterbitkan
oleh Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, institut penyelidikan seperti
Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), dan bahagian ekonomi akhbar
utama, mengandaikan kecelikan matematik dan statistik yang baik untuk seseorang
itu memahami analisis ekonomi yang terkandung di dalamnya. Keputusan yang
dibuat dalam pasaran modal, saham dan kewangan banyak berasaskan kepada model
matematik.
Di sektor swasta, pengurus firma perlu tahu menggunakan pendekatan matematik untuk merancang strategi firma yang bermatlamatkan keuntungan, seperti strategi memaksimumkan jumlah hasil dan meminimumkan jumlah kos tertakluk kepada batasan tertentu seperti harga input, harga output dan kuantiti input yang ditetapkan. Kenyataan tersebut menunjukkan seseorang yang ingin memahami penyelesaian masalah ekonomi memerlukan pemahaman teknik matematik yang bersesuaian

Namun hari ini ramai pelajar yang tidak
meminati matapelajaran matematik. Ramai yang tidak memahami kegunaan matematik
dalam kehidupan. Pelajar tidak dapat mengaitkan apa yang dipelajari dalam
matematik dengan realiti kehidupan. Matematik dipandang sebagai subjek yang
membosankan, dengan nombor dan formula yang memeningkan. Kenapa perkara ini terjadi? Pandangan dan
mentaliti pelajar terhadap matematik tercemar berikutan cara ianya diajar di
dalam sistem pendidikan kita. Sistem pendidikan yang berorientasikan
peperiksaan dimana pengajaran tertumpu kepada pengiraan, teori dan rumus
menjadikan matematik matapelajaran yang tidak digemari sedangkan dalam realiti
matematik sangat berguna dalam kehidupan seharian dan pelbagai bidang lain.
Thursday, 24 January 2013
COACH made in CHina
hari pertama pakai hb coach baru ke pejabat.. kak zu tolong beli masa dia ke US bulan nov tahun lepas, madison lace leather..RM900, kalu beli kat butik di malaysia, aku survey masa p Mid valley hari tu..butik kat Garden Mall harganya RM2900..so untung giler..terima kasih banyak2 kat kak zu and anaknya..dia x amik untung banyak pon..ni beg coach kedua aku..yg pertama kirim kat kawan Khairul Liza, RM800 n kalau kat butik tu RM1690 hehehe
Untung untung untung..2 kali ganda untung..ramai gak yang beli beg coach nie, so sembang2 pasal coach ada la salah sorang member tertenguk kat dalam beg ni, nak tgk dia tulis made in mana..semak2, ada yang made in China, made in India (kitaorg buat lawak buat dengan kulit lembu agaknya) kahkah kah, ada yg made in vietnam dll..aku nyer dua2 made in China..so ramai gak yg upset, bayar mahal2 dapat handbag made in china jer sdgkan made in china nie terkenal dgn brgnyer yang fake..huhuhu sadisnyer
Aku x ler ralat sgt sbb pada aku janji original, so tahan lama n diri happy sbb mampu memiliki beg coach original dgn harga yg giler2 murah compare beli kat msia p)..org nak kata apa pon lantak..tapi sebab isu hangat aku pun google la..termasuk dalam satu forum namanya handbag forum, org2 dalam nie duk sembang pasal beg coach made in China..adalah beberapa info yang aku dpt antaranya
- beg coach mmg dah x dpt yg made in US sbb coach dah subkan ke kilang2 nya di China, India, Vietnam, Filipina dll.
- ada sorang tu mention dia p beli bag coach kat negara Cina, yg fake punya..dlm begnyer dia tulih made in USA..so ironi hahaha, yg ori made in china, yg x ori made in USA
- ada sorang tu risau kot2 beg dia beli kat butik US tu x ori, so salah sorang yg terlibat tu gtau..xde org kat US nak ciplak beg coach nie, so xyah riso sgt sbb brand nie bukan kategory luxury beg pon kalau kat US sana compare tu prada, versace, channel dll. Beg murah jer kat sana, di sini jer dia jadi mahal sbb duit kita..emmm make sense sbb aku pernah dengar, kat US org kaya2 x pandang pon beg coach nie..
Saturday, 19 January 2013
Hadirnya si kecil itu
ke
Nur Shufia Aleya(cahaya menawan yg paling mulia) melihat dunia pd 28hb sept 2012 jam 4.57pm...aku ada ketika dia dilahirkan ke dunia, mendengar tangisanya yg pertama...Subhanallah, besar kuasamu Ya Allah...
2.4 kg, betapa kecilnya dia ketika baru dilahirkan..senangnya aku jatuh sayang pada hamba Allah yg kecil nie, jatuh syg pada Aleya yg cute..wp kebiasaannya aku nie terkenal dgn 'stone', xde perasaan..jarang aku suka budak2 nie, tp dia lain, mungkin sbb darah daging aku....Hadirnya si kecil Aleya ke dunia ini banyak membawa perubahan dan kegembiraan kerana dia yang PERTAMA..Lumrah alam, yang pertama selalu buat kita exited, menjadi moment yg x dapat dilupakan dan menjadi peristiwa sejarah..cthnya, Neil Amstrong diingati berzaman2 kerana org pertama jejak kaki ke bulan, orang kedua, ketiga dan ... ada orang peduli..emmm
Aleya menjadi yang pertama, anak pertama, cucu pertama, anak saudara pertama..membawa sejuta makna buat adik dan adik ipar aku, bergelar Ibu dan Ayah, Anugerah Allah ini menghadiahkan wisyilion kegembiraan buat mak n abah aku, kini mampu tersenyum kerana sudah bergelar Opah dan Atuk, dah ada cucu..dah lama dorg tunggu nak dapat tittle nie, emmm maklumla aku nie anak sulung dorg masih belum ketemu jodoh wp usia dah lewat..dan penantian mak n abah berakhir pada tanggal 28 sept 2012...Alhamdulillah. dan aku tumpang sekaki, dah jadi Mak Long p)
Si kecil Aleya dah nak nak masuk 4 bulan, dah pandai gelak2 n sembang ala2 dia..menjadi penyeri hidup kami semua..menerima Limpahan kasih sayang yang tidak terhingga..
Aku bersyukur padaMu yang Allah kerana menghadirkan Cahaya Menawan ini dalam hidup kami, memberi peluang merasai kegemberiaan ini dalam hidup mak n abah..
"Ya Allah ya Tuhanku, kau lindungilah Aleya, letakkan dia di bawah lindunganMu..Dewasakanlah dia menjadi anak yang sihat, comel dan beriman ke jalanMu, menjadi anak yang Menyayangi ibu dan ayahnya dan keturunannya. Amen"
Nur Shufia Aleya-Hari ke 2 |

Nur Shufia Aleya-Now |

Thursday, 17 January 2013
Kenapa?
kenapa..kenapa...kenapa...kenapa...kenapa
keeeeeeenaaaaaapaaaaaaaaaaa.
kenapa?
Arghhhhhhhh...kenapa?
keeeeennaaaaaaaaapaaaaaaaaaaaaaaaaa?
byk nyer persoalan knp dlm kepala otak aku nie...
knp aku, knp bukan org lain?
mempersoalkan takdir ke aku ni?
Tuesday, 15 January 2013
berlebihankah perasaan mereka
lately nie, tahun2 kebelakangan ni, ramai orang kita suka tunjuk perasaan, isu ini tunjuk perasaan, tak puas hati ini tunjuk perasaan..kumpul ramai2, tulis apa x puas hati atas kertas, panggil media then TUNJUK perasaan...aku buat kelakar dgn kawan, byk sungguh perasaan dorg nie, mungkin berlebihan kot sampai dorg perlu tunjuk n luahkan pd 1 dunia...
setengah kes mungkinla ada perlunya bila saluran yg sepatutnya x amik tindakan, kita ditindas, kita ditipu, so xde cara lain kita nak pihak terlibat amik perhatian ttp kes2 yg bukan agenda kita pon menyibuk nak tunjuk perasaan...byk sungguh masa org2 ini untuk dihabiskan di jalanan, TUNJUK perasaan atas agenda perjuangan yg x jelas...mungkin cita2 mereka setinggi langit, ingin mengubah bangsa dan negara malah dunia
emmmmm hanya mereka yg tahu perasaaan mereka, AKU masih mempunyai perasaan yg terkawal...sbb aku percaya, kita sbg individu yg membentuk bangsa, negara malah dunia..bentuklah diri kita terlebih dulu, anak2, keluarga kita menjadi lebih baik sebelum kita cuba mencorak dunia....

Memberi selagi ada
letak rm2, rm3, rm4 setiap kali singgah di mana2 masjid untuk solat atau ke tandas...
sedekah sekerap mungkin pd bulan ramadhan...
bawa mkn (kuih, keropok, coklat, dll) ke pejabat, letak di pej am so org boleh mkn...
bg duit pd tok di kampung, beli brg2 keperluan..org lain dah beli beras,gula, kopi n keperluan dapur, so aku beli ubat gigi, sampo, bedak, keropok, coklat, benda2 keperluan yg org lain x terfikir nak beli...
beli baju dll untuk anak saudara tersayang...
beli baju pd mak saudara n anak2nya...
itu antara amalan2 yg aku latih diri untuk buat..ikhlaskah aku? yea, aku 100% ikhlas dan gembira memberi setakat yg termampu...
knp aku suka memberi? kerana aku rasa dengan amalan inilah aku boleh mendapat redha Allah, mendapat pahala untuk timbangan di akhirat nanti...aku rasa, bg diri aku, bersedekah la mudah untuk dpt pahala, amalanku yg pasti diterima Allah, janji kita ikhlas dan insyaallah aku ikhlas memberi setakat hari ini..
aku bukan hamba Allah yg sempurna dan insyaallah akan lebih berusaha menjadi hambaNya yg lebih baik..belum sempurna solatku, bacaannya, khusyuknya...puasaku yg mungkin tidak terjaga kesempurnaannya, auratku yg belum menepati syariat islam, berhijab ttp kehendak berfesyen memerangkap..kdg2 terdetik, adakah amalanku ini diterima Allah...jadi amalan2 kecil inilah yg aku harap dpt menampung kekurangan amalan lain..
Aku bukan Machine
"Work is
never ending process. Life does not mean coming to office, going home and
sleeping. There is more to a life. Don,t make your life meaningless. You did
not study and struggle in life just to be a machine" status aku kat fb ari
nie, petikan dr status org lain..tertarik aku dgn ayat ini..
jun tahun ini genap 10 tahun aku kj kat sini..lama jugak dah bila fikir2 balik, tp aku pekerja biasa sahaja..bukan org penting dalam organisasi...bulan 6 tahun lepas mohon naik pangkat pon tak dapat..mula2 ralat gak aku sbb aku ambik masa yg lama untuk mohon kenaikan pangkat sebab aku menilai diri sendiri dulu, dah confident dgn contribution yg aku buat pd organisasi baru aku memohon..tp dukacitanya ditolak..
knp? salah sape? apa yg x kena? kalau kita fikirkan jawapan kpd semua nie, mmg boleh tulis berkajang2 hujah terutama bab menyalahkan orang, tetapi aku memilih untuk menyatakan aku xdpt naik pangkat kerana belum rezeki..sesungguhnya aku percaya rezeki ketentuan Allah..
Sesungguhnya aku tidak mengejar pangkat dan tittle..kerana pangkat dan tittle dtg bersama2 tanggugjawab yg berat..bukan bermakna aku malas dan tidak bertanggugjawab, cuma aku gembira dengan cara kerja aku sekarang..tiada bebanan kerja yang melampau..
ramai yang pelik kenapa aku tak berusaha bersungguh2 utk naik pangkat sedangkan beza gaji dgn skrg lebih kurang RM1000, aku senyum jer sbb kalau aku bgtau reasonnya dorg akan kata aku berlagak..pada aku, RM1000 tu x banyak berbanding kerja bertimbun yg menunggu..aku cukup dgn gaji yg aku dpt setiap bulan skrg..aku xnak menjadi 'machine'..
setiap kali dapat apa2 kebaikan, sikit @ banyak..aku panjatkan rasa syukur pada Allah yang begitu penyayang dan pemurah, memberikan rahmat, rezeki yg melimpah pada aku sebagai HambaNya

Monday, 14 January 2013
permulaan
HANYA UNTUK AKU |
tanpa dirancang aku buka blog ini..atas nama sentuhan amatur, amatur dari segala segi...aku tak pernah menulis sebelum ini, ini permulaannya...tak tahula apa akan aku tulis di blog ini nanti...mungkin coretan ala2 penulis amatur...yg pasti, coretan itu untuk aku, hanya untuk aku...cerita dan luahan hati yang dapat aku luahkan tanpa dinilai atau dihakimi
Subscribe to:
Posts (Atom)