Nur Shufia Aleya-Hari ke 2 |
Nur Shufia Aleya(cahaya menawan yg paling mulia) melihat dunia pd 28hb sept 2012 jam 4.57pm...aku ada ketika dia dilahirkan ke dunia, mendengar tangisanya yg pertama...Subhanallah, besar kuasamu Ya Allah...
2.4 kg, betapa kecilnya dia ketika baru dilahirkan..senangnya aku jatuh sayang pada hamba Allah yg kecil nie, jatuh syg pada Aleya yg cute..wp kebiasaannya aku nie terkenal dgn 'stone', xde perasaan..jarang aku suka budak2 nie, tp dia lain, mungkin sbb darah daging aku....Hadirnya si kecil Aleya ke dunia ini banyak membawa perubahan dan kegembiraan kerana dia yang PERTAMA..Lumrah alam, yang pertama selalu buat kita exited, menjadi moment yg x dapat dilupakan dan menjadi peristiwa sejarah..cthnya, Neil Amstrong diingati berzaman2 kerana org pertama jejak kaki ke bulan, orang kedua, ketiga dan ... ada orang peduli..emmm
Aleya menjadi yang pertama, anak pertama, cucu pertama, anak saudara pertama..membawa sejuta makna buat adik dan adik ipar aku, bergelar Ibu dan Ayah, Anugerah Allah ini menghadiahkan wisyilion kegembiraan buat mak n abah aku, kini mampu tersenyum kerana sudah bergelar Opah dan Atuk, dah ada cucu..dah lama dorg tunggu nak dapat tittle nie, emmm maklumla aku nie anak sulung dorg masih belum ketemu jodoh wp usia dah lewat..dan penantian mak n abah berakhir pada tanggal 28 sept 2012...Alhamdulillah. dan aku tumpang sekaki, dah jadi Mak Long p)
Nur Shufia Aleya-Now |
Si kecil Aleya dah nak nak masuk 4 bulan, dah pandai gelak2 n sembang ala2 dia..menjadi penyeri hidup kami semua..menerima Limpahan kasih sayang yang tidak terhingga..
Aku bersyukur padaMu yang Allah kerana menghadirkan Cahaya Menawan ini dalam hidup kami, memberi peluang merasai kegemberiaan ini dalam hidup mak n abah..
"Ya Allah ya Tuhanku, kau lindungilah Aleya, letakkan dia di bawah lindunganMu..Dewasakanlah dia menjadi anak yang sihat, comel dan beriman ke jalanMu, menjadi anak yang Menyayangi ibu dan ayahnya dan keturunannya. Amen"
No comments:
Post a Comment