Matematik
ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti,
struktur,
ruang
dan perubahan.
Ahli matematik mencari pola, memformulasikan konjektur
yang baru, dan menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dan definisi
yang dipilih dengan baik.
Dengan
penggunaan pengabstrakan dan penaakulan logik, matematik berevolusi dari pembilangan,
pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakan objek fizikal. Matematik gunaan telah
wujud dalam aktiviti seharian manusia sejak kewujudan rekod bertulis. Hujah
yang rapi mula wujud
dalam Matematik Yunani, antara yang terkenal ialah karya Euclid, Elemen.
Matematik kemudiannya terus berkembang, contohnya di China pada kurun ke-3
sebelum masihi, di India pada kurun pertama masihi dan di dunia Islam
pada kurun ke-8 masihi, sehingga kemunculan Zaman Pembaharuan,
apabila penciptaan matematik berinteraksi dengan penemuan saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan
yang sangat besar dalam penemuan matematik yang kekal berterusan sehingga hari
ini
Matematik digunakan di seluruh dunia
sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semula jadi, kejuruteraan, perubatan dan
sains sosial. Matematik gunaan,
satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang
lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan
kadangkala menjadi pencetus kepada pembangunan disiplin matematik yang baru
sepenuhnya seperti statistik dan
teori permainan.
rujukan: http:ms.wikipedia.org
MUZIK DALAM GITAR.
Tahukah anda bahawa setiap alunan bunyi dan muzik
tidak kiralah apa jenis alat muzik itu mempunyai kekuatan dan susunan secara
matematiknya yang tersendiri? Jika seseorang pemuzik atau komposer mengabaikan
kekuatan dan kelangsingan serta keharmonian sesuatu muzik ia akan menyebabkan
bunyi yang dihasilkan akan menjadi bercelaru dan tidak stabil? Oleh sebab itu
seseorang pencipta dan penggubah lagu perlu mengetahui sedikit sebanyak asas
dalam matematik dan fizik supaya dapat menghasilkan lagu yang lebih harmoni dan
dinamik. Bagi pekerjaan seperti jurutera bunyi pula, matapelajaran matematik
dan fizik adalah sangat penting dalam memahami dan mengetahui sifat-sifat bunyi
yang berada di sekeliling mereka. Ini penting terutamanya jika ingin membina
bangunan yang melibatkan penggunaan bunyi seperti pawagam, pentas nyanyian dan
sebagainya.
Dalam memainkan alat muzik seperti gitar, kod adalah
amat penting dalam menghasilkan nada lagu yang berbeza. Apabila kita melaraskan
alat muzik seperti piano, biola atau gitar, sebuah alat pelaras elektronik akan
digunakan untuk menghasilkan laras bunyi yang asli dan mempunyai frekuensi yang
khusus. Ia adalah bertujuan untuk menghasilkan gelombang bunyi yang stabil dan
harmoni. Gelombang bunyi yang dihasilkan adalah variasi tekanan yang boleh
diwakilkan dengan persamaan fungsi matematik.
Matematik dalam bidang senibina. Aplikasi
matematik dalam bidang seni bina telah berlaku sejak zaman dahulu lagi.
Pelbagai konsep serta rumus matematik yang telah digunakan untuk membangunkan
sesebuah bangunan pada zaman dahulu. Konsep matematik seperti geometri dan
simetri sering digunakan. Contohnya ia telah lama menjadi elemen reka bentuk
dan gaya seni bina. Ia sangat mempengaruhi binaan Menara Pisa, Monticello,
Astrodome, Bangunan opera Sydney, tingkap gereja Gothic dan Pantheon. Simetri
digunakan pada banyak reka bentuk asas bangunan, terutamanya pintu, tingkap,
dan perhiasan bangunan. Contoh lain ialah struktur seni bina yang menggunakan konsep hiperboloid
geometri. Bangunan hiperboloid pertama didunia dibina oleh seorang yang
jurutera berbangsa Rusia iaitu, Vladimir Shukhov pada tahun 1853 hinggalah
tahun 1939. Bangunan ini terletak di Polibino, Lipetsk Oblast, Russia. Majoriti
pengiraan untuk membangunkan bangunan ini adalah belandaskan teori matematik
iaitu fungsi penghampiran (approximation of function) yang diperkenalkan oleh
seorang ahli matematik. Reka bentuk banggunan yang dinamakan “Engineering Plaza” dibina berasaskan Fibonacci Number (Nombor Fibonacci) dan
beberapa bentuk geometri. Nombor Fibonacci yang digunakan adalah ‘Fibonacci series spiral’ atau
dikenali juga sebagai ‘golden
mean’. Norman Foster, seorang arkitek telah mengetuai rakan
seperjuangannya dalam mereka bangunan yang menggunakan konsep geometri.
Bangunan-bangunan yang telah direka adalah seperti 30 St Mary Axe dan London
City Hall di London serta Great Court di Muzium British.
Laporan ekonomi seperti yang diterbitkan
oleh Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, institut penyelidikan seperti
Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), dan bahagian ekonomi akhbar
utama, mengandaikan kecelikan matematik dan statistik yang baik untuk seseorang
itu memahami analisis ekonomi yang terkandung di dalamnya. Keputusan yang
dibuat dalam pasaran modal, saham dan kewangan banyak berasaskan kepada model
matematik.
Di sektor swasta, pengurus firma perlu tahu menggunakan pendekatan matematik untuk merancang strategi firma yang bermatlamatkan keuntungan, seperti strategi memaksimumkan jumlah hasil dan meminimumkan jumlah kos tertakluk kepada batasan tertentu seperti harga input, harga output dan kuantiti input yang ditetapkan. Kenyataan tersebut menunjukkan seseorang yang ingin memahami penyelesaian masalah ekonomi memerlukan pemahaman teknik matematik yang bersesuaian
Di sektor swasta, pengurus firma perlu tahu menggunakan pendekatan matematik untuk merancang strategi firma yang bermatlamatkan keuntungan, seperti strategi memaksimumkan jumlah hasil dan meminimumkan jumlah kos tertakluk kepada batasan tertentu seperti harga input, harga output dan kuantiti input yang ditetapkan. Kenyataan tersebut menunjukkan seseorang yang ingin memahami penyelesaian masalah ekonomi memerlukan pemahaman teknik matematik yang bersesuaian
Namun hari ini ramai pelajar yang tidak
meminati matapelajaran matematik. Ramai yang tidak memahami kegunaan matematik
dalam kehidupan. Pelajar tidak dapat mengaitkan apa yang dipelajari dalam
matematik dengan realiti kehidupan. Matematik dipandang sebagai subjek yang
membosankan, dengan nombor dan formula yang memeningkan. Kenapa perkara ini terjadi? Pandangan dan
mentaliti pelajar terhadap matematik tercemar berikutan cara ianya diajar di
dalam sistem pendidikan kita. Sistem pendidikan yang berorientasikan
peperiksaan dimana pengajaran tertumpu kepada pengiraan, teori dan rumus
menjadikan matematik matapelajaran yang tidak digemari sedangkan dalam realiti
matematik sangat berguna dalam kehidupan seharian dan pelbagai bidang lain.
No comments:
Post a Comment