Masa baru balik dari umrah, aku singgah coach outlet, sempat sambar handbag 1, madison warna coklat cair..lama dah aku nak, alang2 murah dr harga outlet kat kl, so apa lg, belila..rm1900, duit tu sepatutnya utk belanja kat mekah, tp kat sana aku tak belanja sangat..Aku ni mmg suka barangan branded ni, wp mahal puas hati
Hari pertama aku pakai beg tu p kerja, kwn tanya beli kat mana, aku pun gtau ler aku beli kat klia, masa balik dr umrah..dengan nada lawak, dia kata "liza ni tak zuhud lgsg la"
Aku tak la terasa, sbb kitaorg selalu buat lawak pasal zuhud ni sbb ada sorang member mengaku yg diri dia zuhud hihihihi.
Hari Jumaat smlm aku dengar Al Hidayah kat tv3, membincangkan soal zuhud. Sorang ustaz ni kata "pengertian yang sering disalahertikan ialah orang yang zuhud ialah orang yang menolak kemewahan dunia, berpakaian compang camping, berkereta buruk walaupun gaji 17 ribu. Itu bukan zuhud tapi kedekut. Zuhud ialah meletakkan kekayaan dan kemewahan dunia di tangan bukan di hati. Ertinya menerima kekayaan dan kemewahan sebagai rezeki dari Allah dan bersedia meinfaknya untuk tujuan yang baik dan redhankalau kemewahan itu ditarik balik." Ini bukan kata2 aku yea, cuma aku petik kata ustaz dlm al hidayah tu :)
Satu istilah yg aku tertarik untuk kongsi ialah taikun. Taikun merujuk kepada golongan yang kaya raya dan berkuasa dan Islam menggalakkan umatnya menjadi zuhud taikun, kaya raya tetapi masih zuhud bukannya menjadi umat islam yang menolak dunia. Dalam islam sendiri ada konsep wasatiyah, yakni mengimbangi dunia dan akhirat.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment