Persoalan salah sistem atau manusia umpama menjawab persoalan yang mana dulu, ayam atau telur?
"nak buat macam mana, dah sistem kita macam gini..nak tak nak kita kena adapt ler"
Bila berlaku sesuatu kepincangan, kita cepat mempersalahkan sistem. Mungkin mudah menyalah benda yang tak boleh membela diri, sistem yang tidak bersuara. Kalau kita salahkan manusia, berpuluh puluh malah beratus ratus hujah pembelaannya. tetapi kadang kadang kita lupa, manusia yang membangun dan mentadbir sistem menggunakan acuan kita sendiri. Sistem hanyalah perantara antara manusia di atas yang mentadbir dengan manusia di bawah yang menjadi pelaksana.
Memang mudah mentadbir dan melaksana menggunakan sistem. tetapi hidup kita bukanlah seperti washing machine automatic, yang perlu ditekan tekan sahaja punatnya untuk ianya beroperasi. Kita manusia, bukan sistem tetapi kita hanya penggerak sistem. sebab tu la orang orang bijaksana dalam mengendali sistem mengatakan yang kita perlu ada human touch supaya sistem manusia kita tidak pincang.
wallahualam
No comments:
Post a Comment