Thursday 12 December 2013

Aku tidak mahu sekali lagi

Lelaki: "sudikah awak menjadi teman wanita saya?"

Wanita: "Saya tak mahu bercinta lagi"

Lelaki: "Kenapa?"

Wanita:" Saya dah pernah bercinta, dah merasai pahit dan manisnya bercinta. Sekarang ni,         saya rasa cinta tak sesuai untuk wanita macam saya. Biarlah anak remaja atauwanita muda yang belum pernah bercinta untuk jatuh cinta. Bagi saya, cukupla.

Lelaki: "Kalau macam tu, macam mana kita nak saling mengenali?"

Wanita: "Bercinta bertahun lamanya tak menjamin untuk kita saling mengenali. kita boleh pakai topeng. Topeng romantik, topeng budiman, topeng ambil berat dan macam2 topeng lagi."

Lelaki: "Kalau macam tu, awak nak macam mana?

Wanita: " Saya nak perkenalan kita dibina kerana Allah. Awak ingin menjadikan saya suri hidup awak. Tujuan kita berkawan adalah kerana kita ingin menyempyrnakan separuh dari agama yakni melalui perkahwinan."

Lelaki:(Diam dan berfikir)

Wanita: "Saya tidak memaksa awak. Kalau awak mencari isteri, saya akan mempertimbangkan. Tapi kalau awak mencari cinta, sms setiap saat, jumpa dan dating hujung minggu, tonton wayang, keluar mkn2 dan rutin lain yang orang bercinta selalu buat, saya minta maaf."

Lelaki: "Tak best la macam ni"

Wanita:"Saya tidak mencari 'best' tapi saya mencari nakhoda hidup saya.


No comments:

Post a Comment