Tuesday, 29 January 2013

Matematik semata mata pengiraan dan formula?


Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan. Ahli matematik mencari pola, memformulasikan konjektur yang baru, dan menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan baik.

Dengan penggunaan pengabstrakan dan penaakulan logik, matematik berevolusi dari pembilangan, pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakan objek fizikal. Matematik gunaan telah wujud dalam aktiviti seharian manusia sejak kewujudan rekod bertulis. Hujah yang rapi mula wujud dalam Matematik Yunani, antara yang terkenal ialah karya Euclid, Elemen. Matematik kemudiannya terus berkembang, contohnya di China pada kurun ke-3 sebelum masihi, di India pada kurun pertama masihi dan di dunia Islam pada kurun ke-8 masihi, sehingga kemunculan Zaman Pembaharuan, apabila penciptaan matematik berinteraksi dengan penemuan saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan yang sangat besar dalam penemuan matematik yang kekal berterusan sehingga hari ini

Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semula jadi, kejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Matematik gunaan, satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan kadangkala menjadi pencetus kepada pembangunan disiplin matematik yang baru sepenuhnya seperti statistik dan teori permainan.
rujukan: http:ms.wikipedia.org

MUZIK DALAM GITAR.

Tahukah anda bahawa setiap alunan bunyi dan muzik tidak kiralah apa jenis alat muzik itu mempunyai kekuatan dan susunan secara matematiknya yang tersendiri? Jika seseorang pemuzik atau komposer mengabaikan kekuatan dan kelangsingan serta keharmonian sesuatu muzik ia akan menyebabkan bunyi yang dihasilkan akan menjadi bercelaru dan tidak stabil? Oleh sebab itu seseorang pencipta dan penggubah lagu perlu mengetahui sedikit sebanyak asas dalam matematik dan fizik supaya dapat menghasilkan lagu yang lebih harmoni dan dinamik. Bagi pekerjaan seperti jurutera bunyi pula, matapelajaran matematik dan fizik adalah sangat penting dalam memahami dan mengetahui sifat-sifat bunyi yang berada di sekeliling mereka. Ini penting terutamanya jika ingin membina bangunan yang melibatkan penggunaan bunyi seperti pawagam, pentas nyanyian dan sebagainya.

Dalam memainkan alat muzik seperti gitar, kod adalah amat penting dalam menghasilkan nada lagu yang berbeza. Apabila kita melaraskan alat muzik seperti piano, biola atau gitar, sebuah alat pelaras elektronik akan digunakan untuk menghasilkan laras bunyi yang asli dan mempunyai frekuensi yang khusus. Ia adalah bertujuan untuk menghasilkan gelombang bunyi yang stabil dan harmoni. Gelombang bunyi yang dihasilkan adalah variasi tekanan yang boleh diwakilkan dengan persamaan fungsi matematik.


Matematik dalam bidang senibina. Aplikasi matematik dalam bidang seni bina telah berlaku sejak zaman dahulu lagi. Pelbagai konsep serta rumus matematik yang telah digunakan untuk membangunkan sesebuah bangunan pada zaman dahulu. Konsep matematik seperti geometri dan simetri sering digunakan. Contohnya ia telah lama menjadi elemen reka bentuk dan gaya seni bina. Ia sangat mempengaruhi binaan Menara Pisa, Monticello, Astrodome, Bangunan opera Sydney, tingkap gereja Gothic dan Pantheon. Simetri digunakan pada banyak reka bentuk asas bangunan, terutamanya pintu, tingkap, dan perhiasan bangunan. Contoh lain ialah struktur seni bina yang menggunakan konsep hiperboloid geometri. Bangunan hiperboloid pertama didunia dibina oleh seorang yang jurutera berbangsa Rusia iaitu, Vladimir Shukhov pada tahun 1853 hinggalah tahun 1939. Bangunan ini terletak di Polibino, Lipetsk Oblast, Russia. Majoriti pengiraan untuk membangunkan bangunan ini adalah belandaskan teori matematik iaitu fungsi penghampiran (approximation of function) yang diperkenalkan oleh seorang ahli matematik. Reka bentuk banggunan yang dinamakan  “Engineering Plaza”  dibina berasaskan Fibonacci Number (Nombor Fibonacci) dan beberapa bentuk geometri. Nombor Fibonacci yang digunakan adalah ‘Fibonacci series spiral’ atau dikenali juga sebagai ‘golden mean’. Norman Foster, seorang arkitek telah mengetuai rakan seperjuangannya dalam mereka bangunan yang menggunakan konsep geometri. Bangunan-bangunan yang telah direka adalah seperti 30 St Mary Axe dan London City Hall di London serta Great Court di Muzium British.

Laporan ekonomi seperti yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, institut penyelidikan seperti Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), dan bahagian ekonomi akhbar utama, mengandaikan kecelikan matematik dan statistik yang baik untuk seseorang itu memahami analisis ekonomi yang terkandung di dalamnya. Keputusan yang dibuat dalam pasaran modal, saham dan kewangan banyak berasaskan kepada model matematik.

Di sektor swasta, pengurus firma perlu tahu menggunakan pendekatan matematik untuk merancang strategi firma yang bermatlamatkan keuntungan, seperti strategi memaksimumkan jumlah hasil dan meminimumkan jumlah kos tertakluk kepada batasan tertentu seperti harga input, harga output dan kuantiti input yang ditetapkan. Kenyataan tersebut menunjukkan seseorang yang ingin memahami penyelesaian masalah ekonomi memerlukan pemahaman teknik matematik yang bersesuaian

Namun hari ini ramai pelajar yang tidak meminati matapelajaran matematik. Ramai yang tidak memahami kegunaan matematik dalam kehidupan. Pelajar tidak dapat mengaitkan apa yang dipelajari dalam matematik dengan realiti kehidupan.  Matematik dipandang sebagai subjek yang membosankan, dengan nombor dan formula yang memeningkan.  Kenapa perkara ini terjadi? Pandangan dan mentaliti pelajar terhadap matematik tercemar berikutan cara ianya diajar di dalam sistem pendidikan kita. Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dimana pengajaran tertumpu kepada pengiraan, teori dan rumus menjadikan matematik matapelajaran yang tidak digemari sedangkan dalam realiti matematik sangat berguna dalam kehidupan seharian dan pelbagai bidang lain.
Teks di atas adalah teks ucapan rektor untuk Seminar Aplikasi Sains matematik 2013 yang dianjurkan oleh fakulti aku baru2 nie, aku yg buat teks nie sbb aku AJK protokol.. tp rektor x baca pun, dia buat ucapan spontan dia sendiri sbb katanya dia perlu baca dan fahami teks ni terlebih dahulu sebelum dia dapat menghargainya..upset juga kenapa dia tak cuba fahami kerana aku nak sangat dia sampaikan kerana dalam teks inilah terkandung apa yang aku cuba sampaikan melalui dia(rektor)..tp nak buat mcm mana, teks nie pun dihantar pada dia agak lewat, sehari sebelum event..
Aku menghargai teks ni sbb pertama aku yg buat (masuk bakul angkat sendiri)..kedua, sbb ini mmg pandangan aku mengenai isu ini, knp math membosankan di peringkat akademik di sekolah mahupun universiti tetapi siapalah aku untuk suarakan, jadi aku harap rektor mampu suarakan..
Kita diajak melihat matematik dari satu sudut sahaja, bukan secara keseluruhannya..sudut itu pula sudut yang paling menakutkan p(.. umpama kek yang x sedap, kalau dihias cantik, orang akan tertarik nak makan juga..tetapi kek yang sedap tanpa hiasan, nampak x menarik..org xkan teringin nak makan kecuali penggemar kek dan dalam dunia ini sangat sedikit penggemar matematik..

Thursday, 24 January 2013

COACH made in CHina



hari pertama pakai hb coach baru ke pejabat.. kak zu tolong beli masa dia ke US bulan nov tahun lepas, madison lace leather..RM900, kalu beli kat butik di malaysia, aku survey masa p Mid valley hari tu..butik kat Garden Mall harganya RM2900..so untung giler..terima kasih banyak2 kat kak zu and anaknya..dia x amik untung banyak pon..ni beg coach kedua aku..yg pertama kirim kat kawan Khairul Liza, RM800 n kalau kat butik tu RM1690 hehehe

Untung untung untung..2 kali ganda untung..ramai gak yang beli beg coach nie, so sembang2 pasal coach ada la salah sorang member tertenguk kat dalam beg ni, nak tgk dia tulis made in mana..semak2, ada yang made in China, made in India (kitaorg buat lawak buat dengan kulit lembu agaknya) kahkah kah, ada yg made in vietnam dll..aku nyer dua2 made in China..so ramai gak yg upset, bayar mahal2 dapat handbag made in china jer sdgkan made in china nie terkenal dgn brgnyer yang fake..huhuhu sadisnyer

Aku x ler ralat sgt sbb pada aku janji original, so tahan lama n diri happy sbb mampu memiliki beg coach original dgn harga yg giler2 murah compare beli kat msia p)..org nak kata apa pon lantak..tapi sebab isu hangat aku pun google la..termasuk dalam satu forum namanya handbag forum, org2 dalam nie duk sembang pasal beg coach made in China..adalah beberapa info yang aku dpt antaranya

  • beg coach mmg dah x dpt yg made in US sbb coach dah subkan ke kilang2 nya di China, India, Vietnam, Filipina dll.
  • ada sorang tu mention dia p beli bag coach kat negara Cina, yg fake punya..dlm begnyer dia tulih made in USA..so ironi hahaha, yg ori made in china, yg x ori made in USA
  • ada sorang tu risau kot2 beg dia beli kat butik US tu x ori, so salah sorang yg terlibat tu gtau..xde org kat US nak ciplak beg coach nie, so xyah riso sgt sbb brand nie bukan kategory luxury beg pon kalau kat US sana compare tu prada, versace, channel dll. Beg murah jer kat sana, di sini jer dia jadi mahal sbb duit kita..emmm make sense sbb aku pernah dengar, kat US org kaya2 x pandang pon beg coach nie..
pasni anak kak zu sorang lagi nak sambung belajar kat German, nak kumpul duit beli handbag LV kat france plak, mesti dia tour Eropenyer..harap2 LV x ikut jejak Coach.. LV made in China hehehe

Saturday, 19 January 2013

Hadirnya si kecil itu

ke
Nur Shufia Aleya-Hari ke 2


Nur Shufia Aleya(cahaya menawan yg paling mulia)  melihat dunia pd 28hb sept 2012 jam 4.57pm...aku ada ketika dia dilahirkan ke dunia, mendengar tangisanya yg pertama...Subhanallah, besar kuasamu Ya Allah...


2.4 kg, betapa kecilnya dia ketika baru dilahirkan..senangnya aku jatuh sayang pada hamba Allah yg kecil nie, jatuh syg pada Aleya yg cute..wp kebiasaannya aku nie terkenal dgn 'stone', xde perasaan..jarang aku suka budak2 nie, tp dia lain, mungkin sbb darah daging aku....Hadirnya si kecil Aleya ke dunia ini  banyak membawa perubahan dan kegembiraan kerana dia yang PERTAMA..Lumrah alam, yang pertama selalu buat kita exited, menjadi moment yg x dapat dilupakan dan menjadi peristiwa sejarah..cthnya, Neil Amstrong diingati berzaman2 kerana org pertama jejak kaki ke bulan, orang kedua, ketiga dan ... ada orang peduli..emmm

Aleya menjadi yang pertama, anak pertama, cucu pertama, anak saudara pertama..membawa sejuta makna buat adik dan adik ipar aku, bergelar Ibu dan Ayah, Anugerah Allah ini menghadiahkan wisyilion kegembiraan buat mak n abah aku, kini mampu tersenyum kerana sudah bergelar Opah dan Atuk, dah ada cucu..dah lama dorg tunggu nak dapat tittle nie, emmm maklumla aku nie anak sulung dorg masih belum ketemu jodoh wp usia dah lewat..dan penantian mak n abah berakhir pada tanggal 28 sept 2012...Alhamdulillah. dan aku tumpang sekaki, dah jadi Mak Long p)

Nur Shufia Aleya-Now

Si kecil Aleya dah nak nak masuk 4 bulan, dah pandai gelak2 n sembang ala2 dia..menjadi penyeri hidup kami semua..menerima Limpahan kasih sayang yang tidak terhingga..

Aku bersyukur padaMu yang Allah kerana menghadirkan Cahaya Menawan ini dalam hidup kami, memberi peluang merasai kegemberiaan ini dalam hidup mak n abah..

"Ya Allah ya Tuhanku, kau lindungilah Aleya, letakkan dia di bawah lindunganMu..Dewasakanlah dia menjadi anak yang sihat, comel dan beriman ke jalanMu, menjadi anak yang Menyayangi ibu dan ayahnya dan keturunannya. Amen"

Thursday, 17 January 2013

Kenapa?


kenapa..kenapa...kenapa...kenapa...kenapa
keeeeeeenaaaaaapaaaaaaaaaaa.
kenapa?
Arghhhhhhhh...kenapa?
keeeeennaaaaaaaaapaaaaaaaaaaaaaaaaa?
byk nyer persoalan knp dlm kepala otak aku nie...
knp aku, knp bukan org lain?
mempersoalkan takdir ke aku ni?

Tuesday, 15 January 2013

berlebihankah perasaan mereka

lately nie, tahun2 kebelakangan ni, ramai orang kita suka tunjuk perasaan, isu ini tunjuk perasaan, tak puas hati ini tunjuk perasaan..kumpul ramai2, tulis apa x puas hati atas kertas, panggil media then TUNJUK perasaan...aku buat kelakar dgn kawan, byk sungguh perasaan dorg nie, mungkin berlebihan kot sampai dorg perlu tunjuk n luahkan pd 1 dunia...

setengah kes mungkinla ada perlunya bila saluran yg sepatutnya x amik tindakan, kita ditindas, kita ditipu, so xde cara lain kita nak pihak terlibat amik perhatian ttp kes2 yg bukan agenda kita pon menyibuk nak tunjuk perasaan...byk sungguh masa org2 ini untuk dihabiskan di jalanan, TUNJUK perasaan atas agenda perjuangan yg x jelas...mungkin cita2 mereka setinggi langit, ingin mengubah bangsa dan negara malah dunia

emmmmm hanya mereka yg tahu perasaaan mereka, AKU masih mempunyai perasaan yg terkawal...sbb aku percaya, kita sbg individu yg membentuk bangsa, negara malah dunia..bentuklah diri kita terlebih dulu, anak2, keluarga kita menjadi lebih baik sebelum kita cuba mencorak dunia....

Memberi selagi ada

ikhlaskah kita sewaktu memberi atau bersedekah?

letak rm2, rm3, rm4 setiap kali singgah di mana2 masjid untuk solat atau ke tandas...
sedekah sekerap mungkin pd bulan ramadhan...
bawa mkn (kuih, keropok, coklat, dll) ke pejabat, letak di pej am so org boleh mkn...
bg duit pd tok di kampung, beli brg2 keperluan..org lain dah beli beras,gula, kopi n keperluan dapur, so aku beli ubat gigi, sampo, bedak, keropok, coklat, benda2 keperluan yg org lain x terfikir nak beli...
beli baju dll untuk anak saudara tersayang...
beli baju pd mak saudara n anak2nya...

itu antara amalan2 yg aku latih diri untuk buat..ikhlaskah aku? yea, aku 100% ikhlas dan gembira memberi setakat yg termampu...

knp aku suka memberi? kerana aku rasa dengan amalan inilah aku boleh mendapat redha Allah, mendapat pahala untuk timbangan di akhirat nanti...aku rasa, bg diri aku, bersedekah la mudah untuk dpt pahala, amalanku yg pasti diterima Allah, janji kita ikhlas dan insyaallah aku ikhlas memberi setakat hari ini..

aku bukan hamba Allah yg sempurna dan insyaallah akan lebih berusaha menjadi hambaNya yg lebih baik..belum sempurna solatku, bacaannya, khusyuknya...puasaku yg mungkin tidak terjaga kesempurnaannya, auratku yg belum menepati syariat islam, berhijab ttp kehendak berfesyen memerangkap..kdg2 terdetik, adakah amalanku ini diterima Allah...jadi amalan2 kecil inilah yg aku harap dpt menampung kekurangan amalan lain..

Aku bukan Machine


"Work is never ending process. Life does not mean coming to office, going home and sleeping. There is more to a life. Don,t make your life meaningless. You did not study and struggle in life just to be a machine" status aku kat fb ari nie, petikan dr status org lain..tertarik aku dgn ayat ini..

jun tahun ini genap 10 tahun aku kj kat sini..lama jugak dah bila fikir2 balik, tp aku pekerja biasa sahaja..bukan org penting dalam organisasi...bulan 6 tahun lepas mohon naik pangkat pon tak dapat..mula2 ralat gak aku sbb aku ambik masa yg lama untuk mohon kenaikan pangkat sebab aku menilai diri sendiri dulu, dah confident dgn contribution yg aku buat pd organisasi baru aku memohon..tp dukacitanya ditolak..

knp? salah sape? apa yg x kena? kalau kita fikirkan jawapan kpd semua nie, mmg boleh tulis berkajang2 hujah terutama bab menyalahkan orang, tetapi aku memilih untuk menyatakan aku xdpt naik pangkat kerana belum rezeki..sesungguhnya aku percaya rezeki ketentuan Allah..

Sesungguhnya aku tidak mengejar pangkat dan tittle..kerana pangkat dan tittle dtg bersama2 tanggugjawab yg berat..bukan bermakna aku malas dan tidak bertanggugjawab, cuma aku gembira dengan cara kerja aku sekarang..tiada bebanan kerja yang melampau..

ramai yang pelik kenapa aku tak berusaha bersungguh2 utk naik pangkat sedangkan beza gaji dgn skrg lebih kurang RM1000, aku senyum jer sbb kalau aku bgtau reasonnya dorg akan kata aku berlagak..pada aku, RM1000 tu x banyak berbanding kerja bertimbun yg menunggu..aku cukup dgn gaji yg aku dpt setiap bulan skrg..aku xnak menjadi 'machine'..

setiap kali dapat apa2 kebaikan, sikit @ banyak..aku panjatkan rasa syukur pada Allah yang begitu penyayang dan pemurah, memberikan rahmat, rezeki yg melimpah pada aku sebagai HambaNya

Monday, 14 January 2013

permulaan

HANYA UNTUK AKU

tanpa dirancang aku buka blog ini..atas nama sentuhan amatur, amatur dari segala segi...aku tak pernah menulis sebelum ini, ini permulaannya...tak tahula apa akan aku tulis di blog ini nanti...mungkin coretan ala2 penulis amatur...yg pasti, coretan itu untuk aku, hanya untuk aku...cerita dan luahan hati yang dapat aku luahkan tanpa dinilai atau dihakimi