Friday, 21 June 2013

Zuhud Taikun

Masa baru balik dari umrah, aku singgah coach outlet, sempat sambar handbag 1, madison warna coklat cair..lama dah aku nak, alang2 murah dr harga outlet kat kl, so apa lg, belila..rm1900, duit tu sepatutnya utk belanja kat mekah, tp kat sana aku tak belanja sangat..Aku ni mmg suka barangan branded ni, wp mahal puas hati
Hari pertama aku pakai beg tu p kerja, kwn tanya beli kat mana, aku pun gtau ler aku beli kat klia, masa balik dr umrah..dengan nada lawak, dia kata "liza ni tak zuhud lgsg la"
Aku tak la terasa, sbb kitaorg selalu buat lawak pasal zuhud ni sbb ada sorang member mengaku yg diri dia zuhud hihihihi.

Hari Jumaat smlm aku dengar Al Hidayah kat tv3, membincangkan soal zuhud. Sorang ustaz ni kata "pengertian yang sering disalahertikan ialah orang yang zuhud ialah orang yang menolak kemewahan dunia, berpakaian compang camping, berkereta buruk walaupun gaji 17 ribu.  Itu bukan zuhud tapi kedekut. Zuhud ialah meletakkan kekayaan dan kemewahan dunia di tangan bukan di hati. Ertinya menerima kekayaan dan kemewahan sebagai rezeki dari Allah dan bersedia meinfaknya untuk tujuan yang baik dan redhankalau kemewahan itu ditarik balik." Ini bukan kata2 aku yea, cuma aku petik kata ustaz dlm al hidayah tu :)

Satu istilah yg aku tertarik untuk kongsi ialah taikun. Taikun merujuk kepada golongan yang kaya raya dan berkuasa dan Islam menggalakkan umatnya menjadi zuhud taikun, kaya raya tetapi masih zuhud bukannya menjadi umat islam yang menolak dunia. Dalam islam sendiri ada konsep wasatiyah, yakni mengimbangi dunia dan akhirat.
Wallahualam.

Saturday, 15 June 2013

Al Quran telah menjawab


Bila kita menghadapi ujian kita selalu mengeluh dan bertanya, dan Al Quran sudah pun menjawabnya

KENAPA AKU DIUJI? tanya kita

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan kamintelah beriman sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang orang yang dusta"
Surah Al-Ankabut ayatv2-3

KENAPA UJIAN SEBERAT IN? tanya kita

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
Surah Al-Baqarah ayat 286

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN? tanya kita

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
Surah Al Baqarah ayat 216

KENAPA AKU RASA KECEWA? tanya kita

"Janganlah kamu bersifat lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang orang yang beriman"
Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA? tanya kita

"Dan mintalah pertolongan( kepada Allah ) dengan jalan sabar dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali kepada orang orang yang khusyuk"
Surah Al Baqarah ayat 45

Sekadar memetik kata2 seorang teman

" jangan kita berdoa agar dipermudahkan hidup, berdoalah agar ditabahkan hati"


Wednesday, 12 June 2013

Salah sistem atau manusia

Persoalan salah sistem atau manusia umpama menjawab persoalan yang mana dulu, ayam atau telur?

 "nak buat macam mana, dah sistem kita macam gini..nak tak nak kita kena adapt ler"

Bila berlaku sesuatu kepincangan, kita cepat mempersalahkan sistem. Mungkin mudah menyalah benda yang tak boleh membela diri, sistem yang tidak bersuara.  Kalau kita salahkan manusia, berpuluh puluh malah beratus ratus hujah pembelaannya. tetapi kadang kadang kita lupa, manusia yang membangun dan mentadbir sistem menggunakan acuan kita sendiri. Sistem hanyalah perantara antara manusia di atas yang mentadbir dengan manusia di bawah yang menjadi pelaksana.

Memang mudah mentadbir dan melaksana menggunakan sistem. tetapi hidup kita bukanlah seperti washing machine automatic, yang perlu ditekan tekan sahaja punatnya untuk ianya beroperasi. Kita manusia, bukan sistem tetapi kita hanya penggerak sistem. sebab tu la orang orang bijaksana dalam mengendali sistem mengatakan yang kita perlu ada human touch supaya sistem manusia kita tidak pincang.

wallahualam