Tuesday 25 March 2014

MH370 Harapan membunuh jiwa

MH370
Tragedi yang meruntun jiwa seluruh rakyat Malaysia malah hampir sebahagian dunia
Sejak hari pertama ia hilang, kita sama sama membina harapan
Berharap agar penumpang dan krew selamat
Tidak keterlaluan untuk diperkatakan yg kita berharap agar kapal malang ini dirampas
Sekurang2nya harapan hidup bg 239 nyawa masih ada
17 hari kita masih mengharap
Pengumuman PM pada lewat malam hari ke 17 adalah titik noktah
Terkubur harapan waris dan seluruh yang mengharap
Walaupun mereka bukan saudara
Malah kita tak pernah kenal siapa mereka
Namun bila diumumkan MH370 berakhir di selatan lautan hindi
Jauh di sudut hati rasa sedih, aku mengalirkan air mata
Malah ramai lagi diluar sana berkongsi duka dan kesedihan yg sama

Tragedi ini luar biasa
Ujian Allah pada mereka
Kematian orang tersayang adalah ujianNya
Mengharap dapat bersua lagi dengan orang tersayang adalah ujian hebat yang meyeksa jiwa
17 hari yang mereka lalui adalah tempoh trauma yang kita tak akan fahami
Setiap detik mereka berharap kepulangan orang yang tersayang
Semoga mereka diberi Allah hati yang tabah untuk redha atas ketetapanNya

Ironinya pada tarikh ini, 25jan yang lalu
Aku pernah membina harapan seperti mereka
Mengharap orang yang aku sayang belum dijemput pergi selamanya
Mengharap diberi masa olehNya untuk bersama lagi di dunia ini
Menunggu di luar bilik bedah, mengharapkan pembedahan abah selamat
6 jam aku rasakan sangat lama
Setiap detik meyeksakan

"Ujian itu menjadikan aku berasa begitu kerdil bernafas di bumi Allah, terasa diri ini begitu hamba. Saat aku tiada daya, tiada siapa, Dia sajalah tempat aku meminta. Kebergantungan semata padaNya yang menjadikan aku tabah untuk berdiri"

Alhamdulillah dengan izinNya, penantian aku berakhir dengan berita gembira.

Bagi sesiapa yang terbaca entry ini, sama sama lah kita sedekahkan Al fatihah kepada mangsa, semoga mereka baik nasibnya di sana dan doakan agar waris diberi hati yang tabah untuk redha atas tragedi ini. Mana tahu, doa kita antara doa yang diterima dan dimakbulkan Allah. Amen

"Sesungguhnya dari Dia kita datang, dan kepada Dia kita akan kembali"


Monday 3 March 2014

bukan aku tidak tahu menari

Bukan aku tidak tahu menari
Tapi aku menari tarian yang berbeza
Bila muzik terlalu canggung
Aku lantas tersadung

Mereka yang lain terus menari
Walau rentak dan tari tiada seirama

Tarian apa yang mereka tarikan?
Ini tarian zaman ini
Balas si polan

Aku berhenti
Keluar dari gelanggang
Bukan kerana aku tidak tahu menari
Tapi kerana aku tidak mahu lagi menari