Monday, 12 August 2013

kisah hati

Apabila hati dilanda kesedihan..
Air mata gugur menghapus duka

Apabila hati dilanda kerisauan..
Pasrah menenangkan

Apabila hati kecewa..
Bercerita meluahkan membalut luka

Apabila hati kesunyian..
Tawa rakan meneman sepi

Apabila hati kosong
Iakan kekal kosong

Kalau kita mencari kekosongan dalam diri, kita akan jumpa kekosongan itu, jiwa akan mati..hati akan terasa sunyi dan kecewa dengan hidup kita yang kosong..kita akan terus risau, bimbang kesedihan ini tiada berkesudahan

Sedangkan nikmat Allah itu sangat luas hingga kita terlepas pandang dan tidak mensyukurinya hanya kerana ada keinginan kita yang belum dipenuhiNya sedangkan kiya lupa anugerah dan keinginan kita bukanlah bukanlah keagungan bahkan ujian dariNya

Ya Allah, bantulah aku untuk redha di atas setiap ketentuanMu..Ameen