Aku ni bukan alim orangnya..bukan ustazah..bukan warak..aku hanyalah muslim yg sedang cuba mengenal diri
"Apa dugaan paling besar dlm hidup liza"? Tanya kwn aku
"Xde apa..hidup aku sempurna, dugaan plg besar yg Allah turunkan pd aku cuma aku lewat jodoh, masih single dlm usia yg mcm ni" jawab aku
Bunyi jawab cam tabah jer..sbb skrg mmg aku dah tabah..masa dan usia adalah tok guru yg paling bagus..dulu aku dah puas menangis bila putus cinta, bila ditinggalkan selepas bercinta dan berkasih syg bertahun lamanya...cinta pd anak manusia @ lelaki...impian nak berkawen, nak bersuami, nak jadi ibu dan punya keluarga sendiri berkecai...kecewa, frust, marah, sedih ditambah dgn cakap2 org sekeliling pernah menjadikan aku hilang arah..aku buntu dalam mencari bahagia...aku putus asa dgn takdir, aku biar kesedihan itu mengawal aku sampai jiwa aku jadi kosong...tp xde sape pon yg tahu kesedihan aku..aku tak tahu pd siapa nak mengadu...
Sedih bila putus cinta ni..aku bukan setakat hilang cinta, hilang dia, tetapi aku hilang diri aku sendiri...lama aku bergelut mencari diri aku semula, membina jiwa aku yg hilang..byk kali aku berputus asa..di usia mcm ni, aku putus asa dlm mencari bahagia, mengharap cinta dan syg dari manusia, atau lebih tepat lg dr lelaki..
Aku sedar dugaan aku tak sehebat manusia lain...tp aku tak bahagia..satu kenyataan yg tak pernah aku luahkan pd dunia, keluarga dan teman2..mana mungkin aku bahagia bila hidup aku kosong dan sunyi..tapi aku kena tabah sbb aku tidak ada pilihan..
"U never know how strong u really are until being strong is the only choice u have"
"Ya Allah, jika satu saat nanti aku kehilangan harapan dan tujuanku, berilah keyakinan bahawa takdirMu adalah lebih baik dari apa yang ku impikan. Kau damaikanlah hatiku untuk menerima takdirMu kerana aku percaya takdir dan ketentuanMu adalah yang terbaik buatku. Hanya Engkau yang maha mengetahui lagi maha mengasihani. Ameen."
Sebagai seorang muslim, aku belajar sesuatu..sentiasa kembali kepada Allah..denga kembali kepadaNya, jiwa sedikit tenang.. dunia ini hanya pinjaman, hanya sementara..jadi tak perlulah kita rungsing sangat dengan urusan dunia..bila aku fikir2kan semula mungkin Allah tidak menghadiahkan aku cinta anak manusia kerana aku tak cukup mencintai Alla SWT. Hanya Dia yang maha mengetahui